Multimedia (Paint 3D)

2 September 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 1 September 2018, Pusat Internet PPR Seduan Rantau Panjang telah mengadakan kelas multimedia dengna menggunakan aplikasi Paint 3D di bilik latihan PI PPR Seduan Rantau Panjang. Kelas ini berlangsung selama 3 jam bermula dari pukul 9:00 pagi sehingga 12:00 tengah hari.

Tujuan kelas ini diadakan untuk berkongsi ilmu pengetahuan bersama para perserta dalam menghasilkan gambar dan animasi. Sebelum bermulanya kelas, para perserta terlebih dahulu diberikan taklimat secara ringkas tentang cara menggunakan Paint 3D. Para perserta juga diberikan tajuk keluarga bahagia untuk menghasilkan gambar dan animasi yang menarik.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali